Tanggal 15 Mei 1948 merupakan peristiwa hitam bagi rakyat Palestin dan ummat manusia amnya kerana pada tarikh ini, dengan rasminya tertubuh Negara Haram Israel. Peristiwa ini dikenali sebagai Nakhbah Palestin yang merujuk kepada penubuhan negara haram israel. Nakhbah sendiri bermaksud “malapetaka atau bencana besar”
Peristiwa ini bermula dengan terlaksanaya kependudukkan dan penjajahan haram oleh rejim zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan PBB dan British.
Aqsa Syarif
Ditubuhkan dan didaftarkan di Malaysia sebagai suatu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Aqsa Syarif memberi maksud “Masjid Yang Dimuliakan”. Aqsa Syarif mempunyai empat misi iaitu Penyebaran Maklumat, Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama. Dianggotai oleh sembilan orang ahli lembaga dari berbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya. Berganding bahu menyumbang tanaga dan fikiran untuk kebaikkan Palestin dan dunia secara amnya.